
Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai telah ditubuhkan pada tahun 1970 yang mana ianya ditumpangkan buat sementara waktu di Sekolah Kebangsaaan Manek Urai dengan bilangan
pelajarnya lebih kurang 30 orang.Pada tahun 1971, sebuah jawatan kuasa bertindak
yang terdiri dari penduduk kampung telah
ditubuhkan dengan hasrat untuk mengurus
dan mengelola sekolah ini.


Jawatan kuasa ini juga memainkan peranan penting dalam usaha
untuk mendapatkan bangunan sekolah
sendiri memandangkan bilangan
pelajar yang bertambah.Memandangkan bahawa sekolah ini perlu
dipertingkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajarannya, jawatan kuasa bertindak
sekolah telah berusaha mendesak
Jabatan Pelajaran Kelantan supaya sekolah
ini diberi bangunan sendiri di atas tapak
yang sesuai.

Kini, sekolah ini telah banyak mengalami
perubahan sama ada dari segi infrastruktur
mahupun pencapaian para pelajar. Sekolah ini
telah mendapat bangunan tambahan sebanyak 3
blok 4 tingkat. Selain itu sebuah musalla telah
dibina dengan derma orang ramai. Para pelajar telah menunjukkan peningkatan
yang baik dalam akademik mahupun ko kurikulum.
Sekolah ini telah berjaya menghasilkan pelajar yang mendapat 8A dalam PMR serta 10A dalam SPM.
Semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai yang juga kini dikenali dengan panggilan
"Semakmur" akan terus maju seiring dengan perkembangan semasa, sesuai dengan slogan
sekolah yang diwar-warkan iaitu
"Jaga Diri Hiasi Peribadi - Ke Arah Semakmur Nombor 1".
No comments:
Post a Comment